text

SK JELAPANG MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011 KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6


AKTIVITI KOKURIKULUM KALI-2

Tarikh : 29 Januari 2011

Aktiviti Kokurikulum ke-2 2011 dimulakan dengan Mesyuarat Rumah Sukan yang melibatkan guru-guru dan murid-murid SK Jelapang. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melantik AJK baru dikalangan murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing. Disamping itu, pelbagai strategi dirancang bagi memastikan rumah sukan masing-masing menjuarai Kejohanan Balapan dan Padang 2011 kali ini. Sesi perjumpaan seterusnya diisi dengan aktiviti gotong-royong mengikut persatuan dan kelab masing-masing. Setiap persatuan dan kelab telah diagihkan mengikut lokasi yang telah ditetapkan. Murid-murid dan guru-guru telah bersama-sama menjayakan gotong-royong ini sehingga berjaya mewujudkan suasana bersih dan ceria di seluruh persekitaran SK Jelapang. Pada masa yang sama, pemilihan skuad ELIT sekolah untuk pasukan hoki dan bola jaring turut diadakan di padang. Begitu juga dengan kerja-kerja membuat garisan padang bola sepak yang diketuai oleh Cikgu Tajudin dan dibantu oleh Cikgu Zain, Cikgu Zamri, Ustaz Emirul Hafizi, Cikgu Fazli Zabory, En Shahrul, dan Cikgu Wan Zulkifli. Aktiviti Kokurikulum kali ini berakhir pada jam 12.30 tengahari.